PENUMPANG berpuas hati dengan khidmat pengangkutan awam pada 2018, menurut Tinjauan Kepuasan Pelanggan Pengangkutan Awam oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC).
Tinjauan tersebut yang dijalankan Oktober tahun lalu, menunjukkan tahap kepuasan yang meningkat kepada 7.9, berbanding 7.7 daripada 10 mata pada 2017. Ini merupakan kenaikan keempat kali berturut-turut sejak 2014.





