Parlimen baru-baru ini meluluskan pindaan bagi undang-undang Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan). Di bawah undang-undang baru itu, bungkusan produk tembakau seperti rokok akan diselaraskan bermakna ia tidak akan lagi mengandungi logo, warna, imej jenama serta maklumat promosi selain nama jenama dan produk tersebut yang dipaparkan dalam warna dan bentuk fon yang serupa. Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh pemerintah...





