SATU pasukan Bahan Berbahaya (HazMat) telah dikerah untuk memberi bantuan dalam satu kejadian kebocoran gas ammonia di Ang Mo Kio semalam (23 Februari).
Menerusi laman Facebook sekitar 10.20 malam tadi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka memberi respons kepada kejadian di 7030 Ang Mo Kio Avenue 5 itu sekitar 8.20 malam.





