Seorang pekerja di sebuah pasar raya mengalami kecederaan selepas lengan kirinya tersepit dalam mesin pengisar daging pada pagi Jumaat (8 Mac).
Pekerja itu, seorang perempuan berusia 53 tahun, bertugas di cawangan Giant Express di Bukit Batok, menurut akhbar bahasa Mandarin Shin Min Daily.





