MILWAUKEE: Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, menyerang Encik Donald Trump di perhimpunan kempen pertamanya sejak menggantikan Presiden Joe Biden sebagai calon presiden Demokrat, manakala tinjauan pendapat Reuters/Ipsos menunjukkan beliau mendahului sedikit daripada pesaing Republikannya itu.
Dalam ucapan selama 17 minit, Cik Harris secara agresif menonjokan kelemahan Encik Trump, membandingkan latar belakangnya sebagai mantan pendakwa raya dengan rekod pesaingnya...





