WALAU terdapat pelbagai program bantuan yang disediakan buat pesalah dadah dan keluarga mereka, program terbaru yang dilancarkan kelmarin menyediakan sokongan sehenti bagi kumpulan ini.
Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) membantu pesalah dan keluarga mereka mendapatkan sokongan secara holistik, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri, Kesihatan), Encik Amrin Amin.





