Pemimpin agama yang mewakili pelbagai kepercayaan di Singapura menyerahkan 'Komitmen untuk Melindungi Keharmonian Agama' kepada Presiden Halimah Yacob pada 19 Jun lalu. Komitmen itu dibentangkan sempena pembukaan Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang buat julung-julung kalinya dianjurkan di sini minggu lalu. Lebih 200 pertubuhan keagamaan dan masyarakat telah mengesahkan komitmen itu, dengan lebih ramai lagi dijangka berbuat demikian....





