MUNICH: Pasukan tanpa pengurus, Bayern Munich mara ke 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan selepas kemenangan 2-0 ke atas Olympiakos awal pagi semalam.
Jaringan Robert Lewandowski, gol ke-21 beliau dalam 17 perlawanan musim ini, menjadi tumpuan dalam saingan di Allianz Arena sebelum pemain gantian Ivan Perisic menambah jaringan pada lewat perlawanan.





