PERUNCIT Swedish, Ikea, menarik balik lapik dada (bib) kanak-kanak, kerana ia mempunyai risiko di mana seorang kanak-kanak mungkin tercekik jika butang tercabut apabila kanak-kanak menariknya.
Dalam kenyataannya hari ini (30 September), Ikea menggesa pelanggannya supaya memulangkan lapik dada Matvra biru atau merah dan mereka akan diberi pampasan penuh atau menukarnya untuk produk serupa. Ini boleh dilakukan tanpa resit.





