MANGSA, yang selalunya warga tua, hilang sekurang-kurangnya $1.2 juta kepada skim penipuan samaran di Facebook pada sembilan bulan pertama tahun ini, kata polis hari ini (25 November).
Kes-kes selalunya melibatkan penipu menyamar menjadi keluarga atau rakan mangsa, yang kemudian menipu mangsa agar memberi butiran peribadi atau membuat pemindahan wang ke akaun lain. Mangsa selalunya diberitahu bahawa mereka akan menerima wang...





