ORANG yang mengendalikan Facebook laman berita alternatif States Times Review telah diarah untuk membetulkan kenyataan palsu di laman sosial media itu, menggunakan undang-undang berita palsu Singapura.
Ini adalah kali kedua Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) digunakan selepas ia digunakan Isnin lalu berhubung pos Facebook yang berasingan.





