SEORANG juruterbang Rusia ditabal sebagai 'hero' semalam selepas berjaya mendaratkan pesawat Airbus dengan 230 penumpang di ladang jagung Moscow selepas melanggar sekumpulan burung.
Ural Airlines A321 menuju ke China telah melanggar sekumpulan burung sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Zhukovsky Moscow awal semalam, menurut kenyataan agensi kenderaan udara Rosaviatsia.





