KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Zaleha Hamid, 65 tahun, kini uzur selepas diserang angin ahmar pada Disember lalu.
Kemunculannya dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) pada 22 Disember lalu adalah kali terakhir penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Dangdut itu berjalan, bertutur dan berseloroh, lapor Berita Harian Malaysia.





