LONDON: Seorang pelajar Indonesia disifatkan sebagai 'perogol paling prolifik' di Britain selepas didapati bersalah terhadap lebih 150 kesalahan, termasuk 136 kes rogol.
Dalam empat perbicaraan berasingan, Reynhard Sinaga, 36, didapati bersalah menyerang 48 lelaki yang ditemui di luar kelab, diberikan dadah dan membawa mereka pulang ke apartmennya di Manchester.





