SkillsFuture Singapura (SSG) sedang memperdalamkan kerjasama dengan kesemua lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), antaranya untuk memahami dengan lebih baik keperluan rakyat dari segi latihan.
Ini termasuk mengenal pasti pelbagai segmen penduduk yang memerlukan lebih banyak sokongan kemahiran dan memadankan mereka dengan latihan kemahiran bersesuaian, seperti penjaga baru yang memerlukan kursus penjagaan dan wanita ingin kembali bekerja.





