HUKUM Islam membenarkan akad nikah secara dalam talian selagi segala syarat sah pernikahan dapat dipastikan.
Ini dinyatakan Pejabat Mufti dalam satu Irsyad bagi menjawab pertanyaan daripada Pejabat Pernikahan Orang Islam (ROMM) berkaitan apakah akad nikah boleh dijalankan secara maya, melalui persidangan video, ketika keadaan tidak mengizinkan pelaksanaan majlis akad pernikahan secara fizikal, seperti pada waktu penularan wabak.






