SINGAPURA telah dinobatkan sebagai negara terbaik di dunia untuk melakukan pelaburan atau menjalankan perniagaan bagi tahun ini, lapor majalah perniagaan CEOWORLD.
Berada di tangga teratas dalam senarai 80 negara itu, Singapura terus menjadi destinasi paling menarik bagi para pelabur dan peniaga menurut majalah yang turut meliputi topik seperti kepemimpinan dan inovasi, kesihatan, pelancongan serta gaya hidup.





