PEMERINTAH tidak boleh menyelamatkan setiap pekerjaan tetapi memberi jaminan akan menjaga setiap pekerja dan keluarga mereka sedang ekonomi akan dibuka secara bertahap-tahap, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dalam amanat Hari Buruh yang disiarkan sebentar tadi.
Dalam amanat berbahasa Melayu, beliau menyatakan dalam jangka masa panjang, virus Covid-19 akan menyebabkan banyak perubahan struktur kepada ekonomi global, termasuk Singapura.





