Latihan luar negara bagi askar yang menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah dibatalkan akibat penularan Covid-19.
Pegawai kadet, pada masa ini, juga perlu mengasingkan diri dengan platun masing-masing - sekitar 40 dan ke bawah askar dan pelatih - antara langkah jarak selamat yang kini dipatuhi semasa latihan.





