Kelulusan untuk sekitar 280 pekerja asing bekerja semula telah dibatalkan setelah gagal menjalani ujian Covid-19 mandatori, meskipun syarikat mereka diberi amaran beberapa kali.
Selain itu, ujian bagi kira-kira 102,000 pekerja belum lagi ditempah, menurut satu kenyataan bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB)





