BERI KESELESAAN KEPADA PENGHUNI: Bangunan baru Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Pasir Ris Road ini bakal lengkap dengan pelbagai kemudahan riadah seperti gelanggang futsal, ruang kaunseling, galeri seni, taman terapi dan hab-hab pembelajaran. Ia juga akan dilengkapi dengan teknologi digital baru yang boleh meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan serta khidmat yang lebih bermutu buat penghuni dan kakitangan RKM. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH
HidayahOct 16, 2020 | 5:30 AM

Biasiswa ke pendidikan posmenengah dorong penghuni RKM perbaiki diri

MENYUSULI satu kajian penilaian Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), peluang melanjutkan pendidikan posmenengah, seperti di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau politeknik, memberi dorong kepada penghuni RKM terus memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu mereka.

Atas dasar ini, tertubuhnya Anugerah Biasiswa Al-Fatih pada 2013 yang menawarkan bantuan kewangan kepada bekas penghuni RKM yang mahu dan sedang melanjutkan pelajaran mereka ke...

Di bawah kepimpinan Encik Fareez Fahmy, Allkin Singapore yang membantu lebih 30,000 individu setiap tahun menerima Anugerah Agensi Cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam sektor khidmat sosial.
SingapuraOct 23, 2026 | 8:00 PM

Pernah hidup susah, kini terajui agensi bantu lebih 30,000 individu setahun

Membesar dalam keluarga berpendapatan rendah selepas kehilangan bapanya pada usia muda, Encik Fareez Fahmy menyaksikan sendiri keperitan ibunya menyara keluarga.

Namun, hal tersebut tidak pernah menghambat beliau daripada terus menghulurkan bantuan kepada orang lain yang memerlukan.

Cik Siti Rahmah Abdul Hamid, 67 tahun (kanan) bersama suaminya, Encik Abdul Jalil Mohamed Ali, 68 tahun, menerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang MSF 2026 atas dedikasi mereka menjaga kanak-kanak titipan sejak 2005.
MasyarakatOct 23, 2026 | 8:00 PM

Pasangan buka pintu rumah kepada lima anak titipan

Tidak semua anak-anak yang melangkah masuk ke rumah mereka mempunyai pertalian darah.

Namun, bagi Cik Siti Rahmah Abdul Hamid, 67 tahun, dan suaminya, Encik Abdul Jalil Mohamed Ali, 68 tahun, setiap seorang daripada mereka tetap mempunyai tempat dalam keluarga mereka.

Pada 2023, Cik Julaiha, 51 tahun, disahkan menghidapi penyakit barah buah dada atau khususnya, ‘Triple-Negative Breast Cancer’ (TNBC), sejenis barah yang dikatakan lebih agresif daripada jenis barah lain. Namun, hal tersebut tidak menghambat dirinya daripada menghulurkan sokongan kepada pesakit barah lain di pusat perubatan, Parkway Radiology.
SingapuraOct 23, 2026 | 6:54 PM

Pesakit barah tetap cekal bekerja, sokong pesakit barah lain

Walaupun bergelut dengan kesakitan melampau dek menghidapi penyakit barah buah dada atau khususnya, ‘Triple-Negative Breast Cancer’ (TNBC), sejenis barah yang dikatakan lebih agresif daripada jenis barah lain, hal itu tidak menghambat jiwa besar Cik Julaiha Mohamed Jahabar untuk tetap ke kerja dan menghulurkan sokongan kepada pesakit barah lain.

Justeru, Cik Julaiha, 51 tahun, yang bekerja sebagai Pengurus Perubatan Nukleur dan...

Bahagian terakhir sepanjang 900 meter Terusan Upper Bukit Timah telah dilebarkan. Kerja-kerja menaik taraf bahagian terusan itu bermula pada 2019.
SingapuraOct 23, 2026 | 6:48 PM

Terusan saliran Bukit Timah siap dinaik taraf selepas kerja 7 tahun bahagian terakhir

Kawasan Bukit Timah yang sering dilanda banjir kilat dijangka mengalami sedikit kelegaan pada musim hujan hujung tahun ini selepas kerja-kerja menaik taraf terusan di kawasan itu selesai.

Agensi air negara, PUB, mengumumkan pada 23 Oktober bahawa bahagian terakhir sepanjang 900 meter daripada terusan sepanjang 2.3 kilometer di kawasan itu telah dilebarkan.

Pakar keselamatan siber berkata kecerdasan buatan (AI) membantu penyerang mengautomasikan pelbagai tugas, daripada mengimbas kelemahan perisian hingga mencipta kempen pancingan data (phishing).
DuniaOct 23, 2026 | 6:36 PM

Jepun akan jalankan simulasi serangan siber guna AI kesan kelemahan

TOKYO: Jepun berkata pada 23 Oktober ia akan menubuhkan satu pasukan untuk mensimulasikan serangan siber menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem teknologi.

Ini berlaku ketika organisasi bergegas mengurangkan risiko daripada kelemahan dalam bahasa pengaturcaraan PHP, yang menjadi asas kepada sebahagian besar Internet.

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video