TIGA masjid ditutup semalam untuk menjalani pembersihan dan membasmi kuman selepas ia dikunjungi pesakit Covid-19.
Masjid Ahmad di Pasir Panjang, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Blangah dan Masjid En-Naeem di Hougang itu ditutup sehari dan dijadual dibuka semula hari ini, menurut jurucakap Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).





