NATASHA MUSTAFA nmustafa@sph.com.sg RESTORAN Seoul Garden diarahkan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menghentikan sepenuhnya operasi selama 10 hari mulai Sabtu (5 Disember) cawangannya di Tampines Mall setelah siasatan menunjukkan restoran itu gagal mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM). MOH menjalankan siasatannya setelah seorang individu diuji positif bagi jangkitan Covid-19 selepas makan malam bersama 12 anggota keluarga lain di restoran tersebut pada 21...





