KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Awam Pendidikan Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) akan dikeluarkan 2 petang Khamis depan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), ekoran keadaan Covid-19 sekarang, para pelajar akan menerima keputusan mereka daripada sekolah menengah masing-masing di kelas sendiri berbanding dengan berhimpun sebagai satu kohort sebelum ini.






