PEMIMPIN Singapura mengirim ucap takziah kepada Sultan Brunei, Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di atas kemangkatan puteranya, Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim pada Sabtu (24 Oktober).
Dalam kenyataannya pada Ahad (25 Oktober), Kementerian Ehwal Luar (MFA) melampirkan tiga surat daripada Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.





