PUSAT kecergasan Anytime Fitness Jurong West di Kelab Masyarakat Nanyang adalah antara tempat yang disenaraikan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai lokasi kunjungan kes jangkitan Covid-19.
Dalam kenyataan pada Rabu malam (28 Oktober), MOH menjelaskan pusat kecergasan tersebut dikunjungi kes koronavirus pada 14, 15, 16, 18, 19 dan 20 Oktober lalu.





