SEORANG profesor yang membantu membangun asas penyelidikan penyakit berjangkit di Singapura semalam diberi penghormatan atas sumbangannya.
Profesor Ranga Krishnan, 64 tahun, menerima pingat di bawah Anugerah Penghargaan Presiden Sains dan Teknologi - pengiktirafan tertinggi di sini bagi saintis dan jurutera penyelidik di Singapura. Beliau menerima pingat itu daripada Presiden Halimah Yacob di Istana.





