WARGA emas kini bukan sahaja boleh meminjam buku, malah mendapatkan khidmat pemerintah apabila ke Perpustakaan Awam Geylang East. Ini termasuk memohon bagi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) atau membuat penamaan calon bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di Pejabat Digital SG (SDO) yang kini disediakan di sana, dalam satu projek rintis yang bermula sejak November.
Menurut SDO, sekitar 1,200 urus niaga...





