WASHINGTON: Pejabat Peguam Khas Amerika Syarikat telah membuka siasatan berhubung dakwaan bahawa pasukan kempen Encik Donald Trump telah menggunakan Rumah Putih sebagai pusat komand Hari Mengundi - satu tindakan yang menyalahi undang-undang persekutuan, menurut Perwakilan Demokrat, Encik Bill Pascrell, kelmarin.
Dalam satu kenyataannya, Encik Pascrell berkata, badan pemantau persekutuan telah memberi respons kelmarin terhadap gesaannya agar satu siasatan dijalankan, dengan...





