AGENSI Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan bekerja rapat dengan para pendidik dalam usaha mencungkil bakat generasi masa hadapan dalam bidang keselamatan siber.
Menerusi program SG Cyber Educators (Pendidik Siber SG), ia bakal melengkapkan para guru, pemimpin sekolah serta kaunselor bimbingan kerjaya dengan pengetahuan mengenai landskap keselamatan siber dan pilihan kerjaya melalui satu siri penglibatan dengan pengamal industri.





