SEBAGAI satu-satunya mahkamah di Singapura yang mentadbirkan pengadilan dalam bidang undang-undang keluarga Islam, Mahkamah Syariah mesti berada di depan pembangunan undang-undang tersebut, kata Presiden Kanan mahkamah itu, Cik Guy Ghazali.
Beliau juga menekankan peri pentingnya untuk terus mempertingkat proses dan pentadbiran Mahkamah Syariah demi memenuhi keperluan masyarakat Islam setempat dan pihak berkepentingan, dengan antara yang dilakukan kini ialah usaha digitalisasi...





