BEBERAPA belia Singapura yang radikal didapati mengalami isu peribadi seperti keganasan dan pertelingkahan di rumah, yang kemudian membuat mereka lebih mudah terjerumus dalam ekstremisme, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo.
Ini disebabkan keadaan psikologi dan emosi yang mungkin timbul selepas pengalaman traumatik, sekali gus menjadi antara faktor yang boleh menambah risiko seseorang menjadi radikal.





