Memasyarakatkan seni yang kadangkala dianggap abstrak atau payah difahami untuk dihadam orang awam telah lama menjadi impian pendidik seni dan seniman visual, Encik Muhammad Nhawfal Juma’at.
Sebagai anggota Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden dan Setiausaha persatuan itu, Encik Muhammad Nhawfal, 33 tahun, ingin dekati lebih ramai dalam kalangan penduduk Singapura melalui seni.





