KUALA LUMPUR: Seramai 392 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global dalam serbuan di 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu selesai menjalani proses saringan kesihatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata saringan kesihatan dijalankan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di PULAPOL Kuala Lumpur terhadap 392 mangsa termasuk 190 kanak-kanak perempuan.





