TAIPEI: Polis Taiwan pada Jumaat (8 Julai) menolak buat sementara ini pengganasan sebagai punca letupan kereta api di Stesen Kereta Api Songshan pada Khamis.
Jurucakap Biro Polis Kereta Api, Encik Wang Bao-zhang, berkata polis tidak menerima sembarang risikan sebelum atau selepas letupan kereta api itu yang mencadangkan ia ada kaitan dengan pengganasan.





