PUTRAJAYA: Wisma Putra akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Luar Indonesia mengenai laporan media bahawa pihak berkuasa republik tersebut akan mengenakan pemeriksaan menyeluruh di lapangan terbang terhadap pelawat rakyat asing termasuk dari Malaysia.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, berkata bahawa buat masa ini Kementerian Luar belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan tersebut.






