MASYARAKAT Islam Singapura prihatin terhadap nasib penduduk Rohingya di Myanmar dan ramai telah memberi sokongan mereka bagi mangsa yang terjejas melalui usaha bantuan kemanusiaan yang diadakan.
Menyatakan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, menambah bahawa salah satu usaha tersebut termasuk pengumpulan dana yang telah dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)...





