Seperti tahun-tahun lalu, tumpuan utama syarikat Halijah Travels ialah menyediakan pakej haji yang bermutu dengan harga berpatutan.
Menurut Pengurus Umum Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, rata-rata kos penginapan di tanah suci serta kos masyair (perjalanan dan ibadah di Mina, Arafah, Muzdalifah) telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.





