MILAN: Arsenal memberikan tentangan berani terhadap Inter Milan pada 6 November, tetapi akhirnya ia merupakan satu lagi keputusan mengecewakan bagi The Gunners.
Ia melanjutkan tempoh sukar mereka, selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana England (EPL) menyaksikan cabaran kejuaraan mereka goyah dan mereka kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Liverpool.





