Dunia tanpa hiburan lawak jenaka ibarat masakan tanpa garam.
Hambar dan malap rasanya hidup ini jika tiada sajian komedi daripada pelawak dalam persada hiburan Singapura.
Dunia tanpa hiburan lawak jenaka ibarat masakan tanpa garam.
Hambar dan malap rasanya hidup ini jika tiada sajian komedi daripada pelawak dalam persada hiburan Singapura.
Organisasi di Singapura harus bertindak segera bagi menangani kerentanan kritikal dalam PHP, sebuah bahasa pengaturcaraan yang menggerakkan sebahagian besar internet, kata Pesuruhjaya Keselamatan Siber Singapura, Cik Gwenda Fong, pada 22 Oktober.
Kenyataan beliau menerusi platform LinkedIn itu menyusuli amaran daripada agensi-agensi keselamatan siber di seluruh dunia mengenai dua kerentanan kritikal yang ditemukan dalam PHP pada 21 Oktober.
Pada tahun pertama Fai (bukan nama sebenar) berada dalam penjara, dia mendapati anak perempuannya telah ‘hilang arah’ kerana tiada sosok ayah di sisi anaknya.
Malah, dek darah muda, anaknya itu mula terjebak dalam tabiat buruk di samping pelajarannya yang kian merosot.
PARIS – Perancis melaporkan kes jangkitan virus Shamonda pertama dalam kalangan manusia pada 22 Oktober – penyakit yang biasanya ditemui pada haiwan ternakan – melibatkan seorang pesakit yang kemudiannya meninggal dunia.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa pada peringkat ini, tiada risiko terhadap orang awam.
JAKARTA: Indonesia mungkin menghentikan eksport tenaga ke negara yang “tidak menghormatinya”, kata seorang menteri kanan pada 22 Oktober, sehari selepas memberi bayangan bahawa Jakarta mungkin tidak akan memperbaharui semula kontrak eksport gas dengan negara jiran.
Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Prabowo Subianto menyeru Indonesia supaya melindungi sumber semula jadinya dan mengutamakan kepentingan negara.
Pengunjung ke pusat membeli belah Causeway Point bakal berpeluang meneroka salah satu koleksi sastera Singapura (SingLit) dan karya penulis tempatan yang paling menyeluruh, apabila ruang sosial dan bacaan baharu dibuka pada 2028.
Dinamakan The HomePage @ Causeway Point, ruang tersebut turut menempatkan salah satu koleksi buku perpustakaan terpakai terbesar di Singapura yang boleh diakses oleh orang ramai dalam pelbagai bahasa.





