Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 10 Disember menyatakan pemerintah telah menerima saranan bagi kenaikan gaji berterusan sepanjang tiga tahun oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC) bagi pegawai keselamatan sambilan yang digajikan agensi keselamatan. Dengan ini, kadar gaji setiap jam golongan itu akan ditingkatkan secara bertahap mulai Januari 2025 hingga Disember 2028.
SingapuraDec 10, 2024 | 4:26 PM

Gaji pegawai keselamatan sambilan naik bertahap 2025 hingga 2028

Kadar pendapatan sejam pegawai keselamatan sambilan yang digajikan agensi keselamatan akan dinaikkan secara bertahap dari Januari 2025 hingga Disember 2028.

Ia sebahagian daripada saranan kenaikan gaji berterusan sepanjang tiga tahun oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC).

Sistem Microsoft mengalami kegecontan sejak awal pagi 13 November, sekali gus menjejas ribuan pengguna sejagat, termasuk di Singapura seperti PPIS.
SingapuraNov 13, 2026 | 6:44 PM

Operasi harian syarikat, pekerja tempatan tidak banyak terjejas susulan gangguan sejagat Microsoft

Meskipun pertubuhan seperti PPIS mengalami gangguan terkait dengan komunikasi emel susulan gangguan sejagat sistem Microsoft, pusat-pusat di bawah kendalian badan tersebut kekal beroperasi seperti biasa, kata Penolong Pengarah Infokom Teknologi (IT), Pengurusan Kemudahan dan Perolehan di PPIS, Encik Thariq Aziz Abdul Hamid.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menerusi pemesejan teks pada 13 November, beliau berkata operasi harian PPIS berjalan seperti...

Peminat menunggu di luar W Singapore , Sentosa Cove, untuk menyambut ketibaan pasukan kebangsaan Brazil, dengan harapan dapat bergambar dan mendapatkan tandatangan pemain pada jersi mereka.
SukanNov 13, 2026 | 6:40 PM

Apabila bintang bola sepak dunia gegar S’pura

Sorakan dan tepukan gemuruh peminat bola sepak mewarnai suasana apabila Cabaran Mizuho Blue menghimpunkan empat pasukan kebangsaan – Brazil, Jepun, Paraguay dan Singapura – dalam siri perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan.

Penyokong yang hadir bukan sahaja berpeluang menyaksikan aksi pemain pasukan kegemaran mereka, malah dapat menikmati pertembungan antara pasukan dari empat negara dengan tradisi dan corak permainan tersendiri.

gangguan sistem Microsoft, perkhidmatan e-mel terjejas, agensi pemerintah, bank-bank utama, mahkamah
SingapuraNov 13, 2026 | 6:22 PM

Perkhidmatan pemerintah, bank, mahkamah terjejas akibat gangguan sejagat Microsoft

Perkhidmatan e-mel beberapa agensi pemerintah, bank-bank utama dan mahkamah terjejas pada 13 November, menyusuli gangguan sejagat pada sistem Microsoft yang menjejas ribuan pengguna di serata dunia.

Jurucakap Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam respons kepada Berita Harian (BH) pada 13 November berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Microsoft untuk memulihkan sistem pemerintah yang terjejas secepat mungkin.

Keluarga Encik Salamian Salbri (tengah), memanfaatkan bantuan Sokongan Kos Sara Hidup MUIS dengan membeli barangan dapur seperti minyak. Bersamanya ialah isteri beliau, Cik Norbaini Yusoff (kiri), dan Cik Norsyaqirah Salamian.
MasyarakatNov 13, 2026 | 5:30 PM

Bapa sebak anak pikul tanggungjawab sara 5 beranak

Setiap bulan, Encik Salamian Salbri, 45 tahun, dan keluarganya perlu melunaskan bil sewa rumah serta utiliti mencecah hampir $300, di samping perbelanjaan dapur sekitar $350 hingga $400.

Bagi sebilangan orang, angka tersebut mungkin sekadar rutin biasa dan boleh dilunaskan.

Sambil menanam benih hasrat untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan lebih besar, Cik Hafizah Abu (tengah), 44 tahun, berharap empat anaknya, termasuk dua anak perempuan, Siti Afiyah Muhammad, lima tahun (kiri); dan Siti Aisyah Muhammad, tujuh tahun (kanan), tidak perlu melalui kesukaran yang pernah dilaluinya dan mendorong mereka agar rajin belajar dan mencapai kejayaan.
MasyarakatNov 13, 2026 | 5:00 PM

Ibu tunggal terpaksa ikat perut, catu susu anak 5 tahun

Awal 2026, Cik Hafizah Abu, 44 tahun, terpaksa membuat keputusan sukar iaitu mengurangkan susu yang diberikan kepada anak bongsunya, Siti Afiyah Muhammad, lima tahun.

Sebagai ibu tunggal, beliau terpaksa berbuat demikian kerana ingin berjimat supaya dapat menyara hidup empat anaknya yang berusia antara lima dengan 24 tahun.

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video

Harga elektrik dijangka tidak banyak terjejas akibat potongan gas dari Indonesia
Play Video