SHAH ALAM: Seorang warga emas tanpa pasangan memerlukan kira-kira RM2,690 ($814) sebulan untuk mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Encik Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya melancarkan panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) yang membolehkan ahli menetapkan sasaran simpanan mengikut gaya hidup serta aspirasi persaraan berbeza.





