JOHOR BAHRU: Polis Johor akan melakukan siasatan secara menyeluruh bagi kes bunuh dalam kejadian tembakan di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, kira-kira 12 tengah hari 8 Januari.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah ditubuhkan bertujuan menyiasat dan mengenal pasti individu yang terbabit.





