Kesibukan hidup masa kini, dengan kemajuan teknologi, membuat ramai seolah-olah kekurangan masa membaca – baik buku, majalah dan akhbar.
Selain banjiran maklumat yang mudah diperoleh menerusi pelbagai wadah teknologi dan media sosial, ramai yang kelihatan mahukan maklumat yang padat dan ringkas.





