Seni muzik tradisional Melayu bakal disemarakkan semula dengan konsert Irama Laguku, anjuran Nobat Kota Singa, dan akan berlangsung pada 21 dan 22 Februari di Blackbox, Pusat Seni Goodman.
Kumpulan muzik tempatan yang ditubuhkan pada 2011 itu akan membawakan karya asli mereka buat julung-julung kalinya, melambangkan komitmen mereka terhadap memelihara warisan seni Melayu.





