Dalam menyebarkan keceriaan Ramadan, sebanyak 1,000 mangkuk bubur berserta biskut dan keropok diagihkan kepada orang ramai, tidak kira bangsa dan agama, yang melalui Wisma Geylang Serai (WGS) pada 23 Mac.
Ini merupakan minggu ketiga usaha itu dijalankan bagi menghidupkan Jalur Budaya Geylang Serai (GSCB), dengan kerjasama 13 kumpulan penunggang motosikal yang telah menabur bakti.





