IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, melahirkan rasa dukacita melihat negara Malaysia semakin hanyut apabila isu berkaitan agama dan kaum dipilih untuk dieksploitasi sehingga berpotensi mencetus letupan besar.
Menurutnya, perkara mengenai agama dan kaum semakin disensasikan dan ditunggang oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama, meskipun berpotensi mencetus kemarahan dan rasa permusuhan sesama warga.





