KUALA LUMPUR: Memulakan misi berbasikal ke Makkah dari Padang Besar, Perlis, pada Ahad, Amar Baharin dan sahabatnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berharap program #JourneyToTanahHaram dipermudahkan.
Amar atau nama penuh, Amar Mohd Baharin, 40 tahun, berjanji akan berkongsi perkembangan perjalanan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian destinasi dikunjungi.





