KUALA LUMPUR: Penyanyi Mas Idayu mendedahkan punca perpisahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 54 tahun, bukan disebabkan campur tangan orang ketiga.
Bercerai secara sah pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam, penyanyi dangdut itu berkata beliau menuntut fasakh ke atas bekas suami sebelum program realiti, Famili Duo, bermula.





