Pelakon Malaysia, Mawar Rashid mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, namun setiap kepayahan yang ditempuh menjadi sumber kekuatan untuk terus bangkit demi membesarkan tiga anaknya.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30 tahun, berkata, setiap hari dilalui dengan pelbagai cabaran, namun kehadiran anak-anak menjadi pendorong utama untuk terus berjuang menempuh hari mendatang.





